Cara ekstrim kuruskan badan
Cara ekstrim kuruskan badan
Saya kongsikan cara ekstrim yang pernah saya cuba untuk kuruskan badan dalam masa seminggu.
Boleh kuruskan badan dengan guna cara ini tanpa bersenam. Jika nak buat senaman juga, buat senaman yang ringan.
Saya kongsikan cara ekstrim yang pernah saya cuba untuk kuruskan badan dalam masa seminggu.
Cara Pertama : Military diet
Diet ini membenarkan anda memakan aiskrim dalam masa yang sama dapat mengurangkan 10 lbs (4.53 kg) hanya seminggu. Biar betul?
Sekiranya anda ingin kuruskan badan dengan cepat, mungkin diet ini sesuai dengan anda.
Antara sebab diet ini popular ialah kerana ianya mudah dan cepat. Selepas tiga hari, 4 hari kemudiannya anda boleh makan makanan yang anda suka cuma kena hadkan dalam 1100-1400 kalori sehari.
Penyediaan makanan untuk diet juga ringkas dan boleh didapati mana-mana
supermarket. Pada permulaan, memang anda akan berasa lapar dan keinginan
untuk makan bercelaru, anda perlu bertahan hanya untuk tiga hari.
Untuk mengurangkan rasa lapar, minum air sepanjang hari sebanyak 1-2 liter.
Elakkan senaman berat seperti berlari marathon dan angkat benda-benda
terlalu berat kerana kalori makanan dari diet ini akan membuatkan anda
tidak bermaya.
Ini merupakan pelan makanan untuk Military Diet.
Hari pertama
Sarapan
➸ Separuh Grapefuit atau Oren
➸ Sepotong roti bakar
➸ 2 sudu Mentega Kacang
➸ Secawan kopi atau teh
Makan tengahari
➸ Separuh dari tin tuna atau kacang almond
➸ Sepotong roti bakar
➸ Secawan kopi atau teh
Makan Malam
➸ Secawan sayur kacang atau bayam atau apa-apa jenis sayur
➸ Separuh pisang
➸ Sebiji buah epal
➸ 85 gram ayam rebus atau kacang atau cendawan
➸ Secawan aiskirm vanilla
Hari kedua
Sarapan
➸ Sebiji telur (lebih bagus kalau rebus)
➸ Sepotong roti bakar
➸ Separuh pisang
Makan Tengahari
➸ Telur rebus
➸ 5 keping biskut Crackers atau oat
➸ Secawan kecil Cheddar Cheese atau Yogurt
Makan Malam
➸ Separuh lobak
➸ 2 batang sosej
➸ Secawan sayur Brokoli
➸ Separuh pisang
➸ Setengah cawan Aiskrim Vanilla atau Yogurt
Hari Ketiga
Sarapan
➸ 5 keping biskut Crackers atau oat
➸ Sekeping Cheese atau sebiji telur rebus
➸ Sebiji epal
Makan tengahari
➸ Sekeping roti
➸ Telur (disediakan mengikut kegemaran anda)
Makan malam
➸ Setin kecil tuna atau kacang almon atau Cheese
➸ Separuh pisang
➸ Secawan aiskrim Vanilla atau yogurt
Untuk 4 hari seterusnya, anda boleh makan sesesuka hati tapi kena limitkan kalori pemakanan dalam 1100-1400 kalori sehari.
Kurangkan berat badan dengan air lemon
Kelebihan air lemon ialah dapat detoksisfikasi atau membersihkan sistem
tubuh. Hal ini kerana lemon mempunyai acid citric yang membantu
pengeluaran jus pencernaan dan proses pencernaan.
Air lemon menambah elemen dinamik untuk pembersihan usus. Ia boleh
membantu usus dalam penghapusan toksin, dan ia boleh membantu
mengurangkan gas dan perut kembung.
Caranya ialah dengan meminum perahan lemon bercampur dengan air suam
setiap pagi. Pastikan air perahan lemon anda tidak terlalu masam. Boleh
tambah dengan daun mint untuk kurangkan masam atau pun lebihkan air.
Kenapa diet air lemon popular? Mengurangkan berat badan dengan meminum air lemon adalah cara yang biasa dibuat oleh artis antarabangsa seperti Gwyneth Paltrow.
Bagaimana air lemon boleh buat anda kurus?
Sebenarnya meminum air lemon tidak menurunkan berat badan secara langsung.
Cuma.. jika anda biasa minum minuman bergas atau manis dan mengantikan minuman manis tersebut dengan air lemon, badan anda akan lebih terhidrasi.
Cuma.. jika anda biasa minum minuman bergas atau manis dan mengantikan minuman manis tersebut dengan air lemon, badan anda akan lebih terhidrasi.
Dengan itu metabolisma badan anda meningkat dan membakar lemak dengan cepat.
Selain itu, seperti saya nyatakan tadi, air lemon juga dapat mengurangkan toksin dan elakkan perut kembung.
Selain itu, seperti saya nyatakan tadi, air lemon juga dapat mengurangkan toksin dan elakkan perut kembung.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
JUS DEINA
(1)
TIPS PEMAKANAN
(1)
0 comments:
Post a Comment